hari ni saya sedih. benda biasa je. tapi entah kenapa sedih sikit melihatkan satu peristiwa sewaktu memandu ke pejabat hari ni.
melalui lebuhraya MEX, memang tak boleh kalau kita memandu perlahan. entahla, mungkin saya saja yang rasa, tapi saya belum pernah melihat sesiapa yang menggunakan lebuhraya tersebut memandu atau menunggang motor dengan perlahan. mungkin juga sebab lebuhraya tersebut berada tinggi dari permukaan bumi - maksudnya lebuhrayanya tinggi dan panjang pula yang bahagian bertingkatnya.
sebenarnya mungkin perkara biasa bagi orang lain, tapi saya melihatkan sepasang suami isteri yang berpakaian pejabat sedang menaiki motor. laju juga suaminya bawa. dan yang menyedihkan saya bila si isteri memangku anak kecil ~ anak mereka lebih kurang sebaya baby zubayr saya. memangku dengan sebelah tangan, mungkin sebab tak muat, mungkin sebab sebelah tangan lagi perlu memaut badan si suami. maka saya nampak kepala si anak terjulur keluar dan tidak bertopi dengan angin deras. baby tu senget ye kedudukannya. saya rasa situasi itu amat tidak adil bagi si anak. tapi apa kan daya si ibu. dengan sejuk anginnya, terkepit lagi.. aduhh.. tak boleh saya bayangkan kalau sikecil zubayr saya yang berada di situ. serta merta rasa insaf sangat.
mungkin juga ibu dan ayah tadi nak berjimat, tak mahu buang masa dan minyak menaiki kereta; atau mungkin juga, motor itu la satu-satunya kenderaan mereka.
terfikir juga, kenapa sampai bawa budak sejauh-jauh perjalanan sampai perlu naik highway bagai. juga rasa insaf datang sebab mungkin tiada siapa yang sudi menjaga anak tersebut sehingga ibu bapa tadi terpaksa bawa anak sehingga ke pejabat dan dihantar ke nursery pejabat. sedangkan anak-anak saya, cuma sebelah rumah saja. pagi kami hantar masih berdukung sebab masih tidur lagi. haih bertuahnya anak-anak saya.
saya cuma terfikir- adakah baby itu akan melalui kesejukan dan terkepit dan terdedah pada situasi sangat bahaya tu tiap-tiap hari? Bagaimana pula dengan asap-asap kenderaan? Bagaimana jika hari hujan?
saya doakan - semoga hari ini lah saja baby itu akan melalui peristiwa tadi. semoga kereta ayahnya dah dibaiki. semoga ibu ayah dapat bersiap awal agar tak terkejar-kejar dengan jam sampai kena menunggang motor; atau semoga pengasuh dikawasan rumah mereka dah sembuh. Semoga yang terbaik semuanya untuk keluarga itu.
assalam, hmmm... lebih dari 2 bulan saya tak menulis di sini. Bukan mengabaikan, malah terlalu banyak yang nak diceritakan. cuma masa memang tak menyebelahi saya.
Sebelum tu, masih sempat lagi saya nak ucapkan selamat ulangtahun perkahwinan buat saya dan suami, yang ke 4. Semoga encik suami masih sudi menyayangi saya, seperti mula-mula berkahwin dulu, selamanya. Semoga beliau sudi memimpin saya dari segi agama dan kehidupan, parenting dan juga ilmu IT :)
minggu lepas harinya. namun kami tak menyambutnya. mungkin sebab anak kami baru lepas menjalani pemeriksaan di hospital 2 hari sebelumnya; atau mungkin sebab anak juga kami tak berapa excited nak menyambutnya. Takpe, insyaAllah tahun depan boleh sambut lagi, dengan cara kita. Anniversary eve, kami sambut dengan makan malam di luar saja dan berehat-rehat di rumah. Tengahari semalam, kami ke Mines dan membeli set komputer 'impian' kami.. hahha impian la sangat. sebenarnya kami dah terlalu bosan menggunakan laptop. setelah setahun lebih berangan-angan nak main computer game la, nak main graphic la, nak edit gambar la, maka semalam encik suami dah tekad nak beli a whole new set of computer. ternyata harga cpu dan acc memang jauh lagi murah dari zaman saya study dulu. macam-macam dah boleh beli kalau budget kita ok-ok. encik suami memilih parts cpu sebaiknya, dan saya pula sibukkan acc. siap dengan webcam, tablet untuk menulis pun saya beli juga. Nasib baik kipas usb tu saya tak beli.
tak tunggu lebih malam tu jugak encik suami menyiapkan komputer kami. duk install OS *saya baru tau BIOS dah berkaler2 dan dah boleh pakai mouse* sungguh saya ketinggalan zaman *nanges* malam tu jugak kami sibuk-sibuk nak skype sebab nak test webcam hihi. seronok la, dah ada gadjet baru.
Saya rasa kami dah pun memiliki set komputer yang agak advanced dan mampu bertahan at par dengan market untuk 2-3 tahun hihi. seronok rasanya memilih dan survey; teringat zaman belajar dulu. sekarang, nah.. puas hati sangat bila dapat duduk mengadap komputer. memang terbaik..yang disediakan oleh encik suami.
ok, berbalik pada anniversary tadi- saya berdoa setiap hari agar kami sekeluarga sentiasa dilimpahi rahmat dan diberkati setiap langkah kami. Tak lupa untuk sentiasa mendapat hidayah dari Tuhan untuk melayari kehidupan bekeluarga muslim yang sejati. Semoga Tuhan berikan yang terbaik untuk anak-anak kami. InsyaAllah.
**********************************************************************************************
opps anak-anak? saya rasa bersalah dalam hal ini. Kelahiran anak kedua saya tidak saya tulis pun di blog ini. malah sepanjang mengandungkan si kecil, tak pernah sekali pun saya menulis pasal dia. cuma sikit-sikit mengadu kepenatan dan sakit. aduhai.. manalah tau panjang umur blog ni, sikecil pula terkecil hati bila ibu tak menulis sesuatu pun mengenai dia.
alhamdulillah, saya dan encik suami dah pun diberkati dengan anak kedua. Namanya Muhammad Zubayr Ihsan. Seperti abangnya, saya memilih nama Zubayr mengikut nama-nama sahabat-keluarga-orang seliling yang berhubungan baik dengan nabi Muhammad. Anak kedua saya ini saya namakan sempena nama pahlawan terbilang yang berani berperang menegakkan Islam, iaitu Zubayr Al-Awwam, yang juga merupakan suami Asma Abu Bakar. Kalau ikut maksud biasa, Zubayr ni bermaksud gagah perkasa. Ihsan tu pulak, ihsan la. dalam melayu pun ada ihsan *dalam Upin & Ipin kegemaran Umar pun ada Ihsan hahhahaha*
Saya rasa sihat dan cergas juga sepanjang mengandungkan Zubayr; tapi dugaan dan kifarah kali ni, lebih kepada sakit semput dan demam dan selsema dan batuk. sangat selalu kena demam dan selsema dan batuk. saya ingat lagi saya kena viral fever, di awal-awal semester; seminggu x bangun kerja, batuk terkokoi-kokoi sampai pusat saya tersembul *tak boleh masuk balik hokey, walaupun dah lahirkan Zubayr huhuhu* juga beberapa trip percuma ke hospital untuk nebulizer dan ditahan pula dia wad beberapa hari untuk monitor kadar kesemputan.
Anak saya Zubayr selamat saya lahirkan secara normal pada 24 April 2011 jam 6.51 petang - padahal 6.48 sebenarnye. lepas habis teran saya cepat-cepat tengok jam hihih konon nak kira berapa lama duk sakit. Beratnya kurang 80g dari abangnya, iaitu 2.9kg. bila dah dapat lahirkan secara normal, maka tak lama la saya dihospital, semalaman je. Esok tenghari dalam menunggu encik suami selesai urusan, saya terima jambangan bunga. wah terharu rasanya. heh.
Sekarang Zubayr dah nak masuk 3 bulan. alhamdulillah membesar dengan sihat dengan susu ibunya. sangat alert dengan sekeliling dan sangat meng-idola-kan abangnya Umar. apa je umar buat- samada terlompat-lompat, terlenting-lenting ke hapa, semua diperhatikan dengan penuh suka.. haihhh.. saya tak boleh bayangkan kenakalan umar yang memang saya tak larat nak monitor, di ganda dua kan.. adehhh...
apa-apa pun, selamat datang anak ibu Zubayr. Kehadiran kamu memang satu semangat untuk ibu. kamulah perwira ibu dikala ibu susah hati dengan kehidupan ibu.
Semoga Umar & ZUbayr menjadi anak yang soleh.Amin.
In and out of love
With you
Sometimes I love ya
Sometimes you make me blue
Sometimes I feel good
At times I feel used
Lovin' you darlin'
Makes me so confused
I keep on fallin'
In and out of love with you
I never loved someone
The way that I love you
Oh, oh, I never felt this way
How do you give me so much pleasure?
And cause me so much pain
Just when I think
I've taken more than would a fool
I start fallin' back in love with you
huhu. semakin hari semakin kronik ketagihan saya ni. padahal saya pernah jugak membebel dengan orang-orang sekeliling saya bila diorang mengadu yang diorang tak boleh nak tinggalkan walau secawan teh tarik pada setiap hari. antaranya, along saya, yang memang kronik gila. dia tu memang tak akan makan di kedai mamak, jangan tanya saya kenapa. tapi kalau teh tarik kedai mamak memang tak pernah tolak. along sendiri mengaku yang sehari kadang-kadang lebih dari secawan teh tarik dia mesti minum. padahal dia tu penah admit hospital sebab sakit kat bowel la, pankreas la entah part mana saya pun lupa dah. lagi sorang, ofismate saya yang selalu breakfast dengan saya hampir setiap hari. akak ni pun sama. mesti minum bercawan-cawan.
sekarang, saya pulak yang macam tu. semalam saya outstation ke tempat user. biasalah bila ada meeting yang start lambat dari waktu kerja biasa, saya akan lambat juga bertolak dari rumah. maka semalam saya terlewat juga nak breakfast. tapi tak sure la sebab tak minum teh tarik ke apa, tapi sepanjang pemanduan saya rasa tak selesa dan mengigil-gigil. rasa berpeluh-peluh. hampir seharian saya macam tu. mungkin juga sebab hormon biasa tu, tapi memang tak best la. last saya decide untuk ambik half day leave, dan melakukan therapy - iaitu shopping. baru hilang gigil-gigil sebab datang dah rasa teruja bershopping.
hari ni masuk ofis seperti biasa, dan by 9 am saya dah pun minum secawan teh tarik dan mood pun ok. cuma saya agak berlebihan hari ni bila berani pula membungkus teh tarik lagi untuk bekalan di bawa naik ke ofis. haih. ketagih tahap maksima ni. dan bahaya juga untuk diri sendiri dan yang berkenaan. tapi nak buat macammana.. saya memang perlukannya.
update: selepas siap menaip entry ini sambil diselang-selikan dengan few sips of teh tarik bungkus, dada saya dah mula berdebar-debar hahaha... dah tau bahaya sendiri lagi mau minum jugak!!
anak saya, umar akan berumur 2 tahun hujung bulan ni. sekarang tengah terfikir-fikir nak buat kek apa, dan paling crucial sekali, bila. ye, bila la saya ada masa lapang nak membaking ni. pulak tu saya memang sangat freak bila part baking membaking ni. iaitu keadaan rumah, especially dapur saya haruslah dalam keadaan berkilat hihi.. maknanya kalau rumah tu kena bebas dari habuk dan lantainya dimop hingga berkilat. perabotnya harus tersusun elok. dapur pulak, takde pinggan-pinggan dalam sinki dan kabinet dapur pun dah berkilat dan wangi. entahla, memang masalah dari dulu lagi, rasa macam tak best bila sibuk-sibuk nak membaking yang merupakan hobi, tapi rumah pulak berserabut.
bila saya dah risau mencari waktu nak membaking, dengan freaking keadaan rumah, maka taulah yang rumah saya sekarang levelnya tak sampai tahap puas hati saya. maklumlah saya dalam keadaan tak berapa sihat, jadinya aktiviti mengemas tu cuma setakat mampu je. mengemop pun dah tak setiap minggu. saya ada 2 hujung minggu lagi sebelum hari lahir anak saya, mungkin sempat saya nak mengemop dan maintain kebersihan sampailah hujung minggu depan supaya saya boleh membaking dengan amannnn..
saya perasan, lama juga tak bercerita tentang umar, malah bukan tentang umar, dah lama tak menulis update hihi. takpelah, mana termampu. bulan ini umar akan berumur 2 tahun. pejam celik tak sangka dah nak 2 tahun anak saya. masih jelas terbayang saat bertarung di labor room melahirkan dia. rasa berbaloi la bila tengok dia membesar dengan sempurna di depan mata saya. baju-bajunya memang cepat berganti sebab umar cepat tinggi dan membesar. saya pula tak lupa nak beli baju hariannya kalau ada jualan murah dan ada duit lebih di poket sebab baju dan pakaian dia memang perlu berganti, seiring dengan pembesaran dia. ada juga kes baju-baju yang cuma sempat dipakai 2-3 kali gara-gara beli ikut saiz badan dan dia pulak cepat membesar. takpelah - rezeki adik-adik dia nanti. cuma saya tak boleh nak cope dengan kasutnya. kasut adalah sesuatu yang jarang saya fikirkan tapi bila mak pengasuhnya kata pasal kaki umar dengan kasutnya yang tak padan, maka terpaksalah saya ke kedai untuk survey kasutnya. tengokla dalam seminggu dua ni.
mainan umar juga dah pun bersilih ganti seiring dengan umurnya. saya perasan dia dah tak berapa nak bermain dengan mainan yang baby/young toddler selalu main. dia terlalu asyik dengan kereta-kereta kecil dan segala jenis kenderaan yang macam tractor tu. ada rezeki lebih semalam saya belikan dia set 4 biji kenderaan yang macam tu. hari tu ayahnya belikan 1 lori caterpillar besar yang boleh simpan segala jenis kenderaan kecik-kecik tu, senang sikit kerja saya takla asyik terpijak jek.
ada juga saya belikan dia beberapa buku 1st word dan buku gambar-gambar haiwan, kenderaan dan macam-macam tu. alhamdulillah, bila menonton tv dan melihat binatang seperti arnab, anjing dan lain-lain, cepat-cepat buku haiwan tu dikeluarkan dan ditunjukkan kepada saya. ada binatang yang dah pandai disebut, ada juga yang masih tak boleh disebut dengan lancar. kenderaan pun macam tu, macam bila saya belikan excavator semalam, dia tunjukkan kenderaan tu dalam bukunya. tapi ada juga bila menonton adegan tembak menembak di televisyen, cepat-cepat dia korek kotak mainannya dan mengeluarkan pistol. aduhai, pengaruh tv sungguh + mainan ganas yang dibeli ayah.
oh ye, tahun ni memang takde majlis hari jadi ke ape ke. tak rasa nak besar-besaran menyambutnya. tahun lepas pun cuma celebrate dengan sepupu-sepupu dia. cuma saya sediakan kek dan goodies untuk kanak-kanak. agaknya tahun ni rancangan saya cuma buat kek dan berikan pada mak pengasuh, mungkin boleh dia sambut dengan kanak-kanak lain di rumah pengasuh dia. untuk kami, cukuplah kek lain yang kecil (masih 3 orang) dan mungkin ke tempat yang jarang kami lawati. tapi bukanlah bercuti. tahun ni tak terfikir nak bercuti jauh. sederhana je la ye nak. janji ada kek setiap tahun - macam saya dari kecil dulu. tak kisahkan hadiah, tapi hati ni berbunga riang bila tengok abah dan mak balik kerja sambil menjinjing plastik beg yang saya tau ada kek didalamnya. masa tu dah hafal dengan lakonan abah yang buat-buat lupa dengan birthday saya. juga kenangan dengan arwah chik yang selalu beli kek sembunyi-sembunyi. cukup buat saya suka dan gembira. saya cuma mahu semai perasaan tu pada dia, tanpa perlu berharap akan ada birthday party dan hadiah yang mahal-mahal setiap tahun. kek pada setiap tahun, insyaAllah saya boleh sediakan. kalau tak mampu beli, saya boleh buat, macam sebaliknya, kalau tak mampu buat, saya boleh beli. cukuplah kek sebagai material yang perlu ada disetiap hari jadi dia, sedangkan sebenarnya saya selalu mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan hidupnya, yang tak perlu ditunggu sehingga tiba hari jadi,kan?
assalamualaikum blog.. lama tak update sini. betul, ada beberapa perkara yang unforgettable yang berlaku sepanjang saya tak singgah menulis di sini. tapi dalam banyak-banyak benda yang berlaku, ini adalah yang memang saya tak boleh lupa:
1) satu-satunya adik saya nurul dah pun selamat melahirkan seorang baby girl yang sangat comel. namanya Dhiya Maisara - yang bermaksud sinar kemewahan dan segala ke yang saya lupa. saya ingat maksud kemewahan tu sebab adik saya dan kemewahan memang sangat serasi. selalu berangan nak kaya dan selalu berdoa nak kaya hihi. dari kecik lagi. Maisara lahir secara normal pada 25 Nov 2010, tapi sayangnya adik saya memilih untuk mengambil epi. biarlah, mungkin dia memang betul-betul tak larat. peristiwa ni menjadi semakin memorable bila mak kami takde di Malaysia masa adik saya nak beranak. adik saya terawal 2 minggu, dan emak pulak sedang bercuti di Beijing & Tianjin. Mak memang risau dan selalu memikirkan untuk kensel percutian yang dah hampir setahun dirancang dan disediakan, tapi kami adik beradik suruh je mak pegi. tapi Tuhan lagi maha sebaik-baik perancang, adik saya memang terberanak awal di waktu mak takde.
saya ingat malam tu saya, encik suami dan umar sedang dinner di luar saat along telefon dengan cemas, bgtau yang adik saya dah pecah ketuban di office dan ditahan di klinik bersalin. so its either malam tu atau esok. sepanjang malam tu saya termamai-mamai tidur sebab ber-sms dengan adik saya. maklumla orang pertama kali banyak yang nak ditanya dan dirisaukan. saya sendiri baru sekali melahirkan, jadinya apa yang saya tau je saya beritau, bagi semangat dan sebagainya.
esoknya jumaat, kami bekerja seperti biasa dan malam tu kami bertolak ke JB. sampai di JB encik suami jadi leader mengajar memandikan baby, dan segala ilmu parenting. maklumla dia dah banyak anak saudara. huhu baby maisara pulak kecik je, cuma 2.6kg saya pun tak berani nak pegang. ahad kami bertolak balik sebab malam ahad tu mak pun sampai di LCCT. tiket untuk mak balik ke JB dah sedia, so bila mak tengok kami jemput mak dengan beg penuh di kereta, terpaksala bohong sunat cakap baru balik dari kampung encik suami. sampai rumah, lepas mak rehat-rehat dan duk bahagi-bahagikan souvenir dari China, barula saya tunjukkan gambar baby maisara. kelakar juga, mak mula-mula pelik dan bertanyakan baby siapa, dan kami pula menjawab; itu sepupu Umar. mak ingatkan anak sedara encik suami. lepas saya beritau yang nurul dah selamat melahirkan, dan baby dalam gambar tu anaknya; mak menangis juga, mengatakan yang sampai hati kami semua sebab tak bagitau dia masa di China. kami fikir itu yang terbaik sebab tak nak mak susah hati sedangkan mak sepatutnya hepi-hepi melancong. lepas dah abis sedih-sedih tu, barula mak hepi, tanyekan gender, nama, dan macam-macam lagi la. along dan adik saya di rumah barulah rasa lega sebab semuanya dah selamat. sebab kami sangat-sangat cuak sebab tak tau macammana nak inform mak pasal ni.
malam tu mak terkocoh kacah mengemas bag sambil tak sabar nak tunggu 1st flight ke JB esok hihih..
2) Pagi isnin lepas hantar mak ke airport, saya memandu seperti biasa ke office. Jalan di Serdang sedikit busy sebab ada MAHA. Kuasa Tuhan, saya eksiden dihimpit bas pagi tu. Di jalan 2 lane untuk belok ke kanan, trafic lite menajdi kuning. Saya yang duduk di belah kanan dah sedia memperlahankan kereta untuk berhenti. Tapi malangnya bas disebelah kiri saya pula tak nak berhenti dan memecut nak membelok ke kanan mengejar lampu isyarat. akibatnya kereta saya dihimpit. saya sangat-sangat tergamam. Rasa terlalu lama bila dihimpit dan digesel bas tu. Nak tunggu satu kitaran lampu habis pusing, rasa terlalu lama dan bas tu pula lari. maka saya yang dah panic ni just berhenti kereta ke tepi dan turun melihat damages yang berlaku. sebaik tengok je bahagian remuk tu, saya terus nangis tersedu sedan. entah kenapa jadi takut sangat walaupun badan tak cedera apa. cuma emosi sangatla terganggu.
saya balik semula ke rumah, alhamdulillah encik suami masih belum ke pejabat. hari tu kami buat police report dan survey bengkel.
3)Pak Ngah saya dah sembuh. Dah memandu sampai ke KL dah pun. Bila telefon mak saya, asyik nak bercakap dengan Umar. alhamdulillah. sungguh indah bila pakngah menggelarkan anak saya umar tu sebagai 'buntal atok sekor ni..'
4) Awal tahun baru, kami dikejutkan dengan berita kematian pakcik saya. Arwah pakcik saya dulu duduk dengan kami sekeluarga. seingat saya, bila saya lahir je memang arwah dah duduk dengan kami sebab arwah bujang lagi. in fact sampailah kematiannya arwah memang tak pernah berkahwin. along saya telefon tengahari tu bagitau saya, saya pula bagitau encik suami dan mengajak balik ke JB. dalam kelam kabut tu sempat saya telefon sepupu saya - anak pakngah saya. sepupu saya sempat berpesan supaya tak inform ke pakngah, maklumlah pakngah baru sembuh dari sakit. tapi sebelum kami bertolak balik ke JB, sepupu saya telefon dan meminta kami fetch pakngah di Gombak. Rupanya pakngah berada di KL dan dah diberitahu hal kematian. maka petang tu kami berlima bertolak balik ke JB. Sampai di JB jam 6.30 dan pengkebumian pun dah selesai. huhu saya yang memandu balik ke Johor, sepanjang memandu tu saya asyik teringat peristiwa saya dan along balik ke Johor masa arwah abah meninggal. Bezanya, kami dirahsiakan hal kematian abah sedangkan kali ni, memang dah tau pakcik dah takde. saya terpaksa memandu laju (sama seperti along memandu masa kematian abah) 2 jam setengah dah sampai JB. huhu. terpaksa minta pakngah dan makngah rahsiakan hal ini dari pengetahuan mak.
Sampai-sampai adik-beradik mak semua dah berkumpul. sedara mara dan sepupu sepapat dah memenuhi rumah. kami akan mengadakan kenduri arwah selepas isya. sayu sangat mengenangkan perkara yang sama berlaku bila abah meninggal dulu. rumah penuh dengan saudara mara. tak tergambar saya andai rumah kami dipenuhi sanak sedara selepas ini, giliran siapa pula dijemput Tuhan..... Al-Fatihah untuk arwah Chik, semoga dirahmati Allah.
Tukar mood-
4) Saya jadi malas nak update blog sebab saya ter-rajin untuk berfesbuk. bukan rajin update status pun, tapi saja suka-suka melepak di fesbuk. maklumla, sejak saya dah bertukar henpon ni, saya subscribe sekali internet package. jadinya segalanya hanya di henpon. cuma nak update blog di henpon tu yang rasa macam tak boleh nak masuk akal. kecik bebenau. takpela nanti kalau ada rezeki saya nak beli ipad pula. senangla nak buat ape yang patut.
5) Anak saya umar, dah pandai ada kartun kegemaran. dia terlalu suka menonton wonderpets dan juga upin & ipin. suami saya pula rajin melayan dia dengan memasangkan youtube upin & ipin di henfon. makanya, tiap-tiap malam sebelum tidur mesti dia akan mintak saya atau encik suami pasangkan upin & ipin di henpon. sekarang, makin kronik. tak kira siang malam, pantang nampak salah seorang dari kami pegang henfon, terus dia minta dipasangkan upin & ipin. saya rasa kena keja extra hard sebab nak kumpul duit beli ipad. kesian tengok dia tengok kartun kat skrin henfon yang kecik tu hihih *alasannn*
banyak lagi benda-benda yang terjadi pada kehidupan saya dan keluarga. cukupla yang ini dulu saya dokumenkan. hihih. mana tau bila umar dah besar, saya pun dah xde, nak la dia baca dan tau apa yang berlaku dalam hidup dia masa dia belum pun 2 tahun.
1) Saya mulakan dengan yang sedih dulu. saya masih belum berkesempatan untuk melawat pakngah saya yang terlantar sakit. lagi beberapa hari nak raya, mungkin kami akan singgah masa raya. harapnya sempatla jumpa. makin hari makin teruk keadaan pakngah saya, dan saya pula tak sanggup nak fikir macam mana rasanya masa saya jumpa pakngah nanti. saya sangat sayangkan dia. Ya Allah, sembuhkan la sakit pakngahku, hilangkanlah kesakitan dalam tubuh badannya. berikanlah kami masa dan peluang untuk menziarahinya, andai ini adalah hari-hari terakhirnya. Sayu sangat, sebelum pakngah tak boleh bercakap, dia asyik bertanya kan tentang umar. tapi umar memang tak boleh melawat dia. umur umar yang masih kecil memustahilkan peluang untuk saya jumpakan umar dengan pakngah. harapnya pakngah sembuh seperti sediakala dan saya janji saya akan selalu bawa umar balik ke rumah pakngah.
Haih sedihnya raya kali ni. raya kali ni, kami sambut raya di rumah mak mertua saya, saya akan cuba semunyikan rasa sedih. tapi bila balik ke JB, saya tak janji. bercakap pasal pakngah ditelefon dengan mak pun, suara saya dan mak memang berubah. mak yang dah berhari-hari menemani pakngah dihospital menjadi kekuatan untuk makngah sekeluarga. mak pula hari-hari telefon update perkembangan pakngah tapi saya masih belum dapat tanda-tanda untuk boleh pergi melawat. encik suami kata lepas raya baru pergi, maknanya lagi 2 minggu. tapi saya risau kalau tak sempat. Semoga Tuhan tunjukkan yang terbaik untuk kami suami isteri.
ok sambung yang lelain.
2) rumah sendiri. satu hapa pun tak ganti. tak perlu sebab semua masih elok. langsir baru tukar tahun lepas. bukan baru tukar, terpaksa buat baru sebab baru pindah rumah,kan. just nak tukar pasang langsir lain yang lagi satu tu, tapi entah bila nak buat. saya memang mengharapkan encik suami untuk hal ini. tapi entahla.. encik suami, tolongla saya ye.. saya perlu mengemas, mengelap, mengemop seluruh rumah, menyental bilik air, rutin biasa je ni, so hal-hal gantung langsir ni memang mintak tolong sangat dengan encik suami nak memanjat ni. terfikir pula nak mengelap semua cermin-cermin sliding. tapi tak terror dan takut tak larat. gila ape semua bilik dan ruang di rumah saya adalah bercemin sliding. nak panggil orang cleaning service, tapi budget dah lari. encik suami rilek je kata lepas balik kampung raya nanti baru buat, ye la tu.
3)Kereta dah siap diservis. servis biasa-biasa je. absorber macam dah tak best tapi tangguh dulu la lepas raya, banyak nak pakai duit. servis yang basic dulu.
4) sebelum balik kampung, nak kena kemas kereta. kasut umar ada berpasang-pasang dalam kereta. kena keluarkan semua, tinggalkan yang nak pakai beraya saja. ya, saya sudah suruh dia pakai kasut raya dia bila kami keluar jalan-jalan 2-3 hari ni. encik suami gelakkan saje, tapi saya taknak kaki anak saya melecet atau kasut raya dia mencengkam kaki bila pakai masa raya nanti. diapers spare umar ade 3 dalam dashboard. pun rasa nak keluarkan sikit. buat nyemak je. juga, paling penting, dalam bonet kereta ada 1 stroller yang umar pakai masa dia baby, dan 1 lagi buggy stroller yang dia pakai sekarang. kami bawak dua-dua sebab setiap 1 stroller ade kelebihan dan kekurangan, ikut keadaan umar masa tu la. stroller combi umar sangat santek dan comel. ada banyak ruang boleh tumpang letak handbag saya. boleh dibaringkan dan lembut untuk umar tidur. tapi besar dan tak boleh lipat sekecik yang boleh. beratnya 6 kg. Yang lagi satu pulak brand sweet cherry, sangat macho, 3 roda, ringan ya amat dan boleh lipat sekecik-keciknya, guna jari saja pun boleh. sangat jimat ruang tapi umar tak selesa tidur la, kena tidur duduk. tapi ape hal nak kisah, balik kampung atau jalan-jalan kat kampung tak pakai stroller sangat. kesimpulan : iye, kami selalu membazir duit minyak memberatkan kereta sbb mengangkut 2 benda alah ni kalau jalan-jalan.okeh, kita tinggalkan stroller, bawak yang buggy saja.
5) masih hal kereta, bahagian luar pula. calar kat body masih tak bertampal. juga, masih menunggu rezeki yang sesuai. bukan tak nak buat secepat mungkin, tapi pada saya itu bukan keperluan utama. takpela.. biarlah kereta nampak buruk janji hati baik.. oh ye, sebelum balik nak ajak encik suami cuci kereta. alah, buruk-buruk pun, kereta kami sendiri, hasil titik peluh kami bekerja.
6) Baju raya. baju raya anak saya beli masa warehouse sales. tak la last minute tapi memang saya agak lambat juga nak membelinya, sebab saya ada masalah yang akan membeli baju raya umar setiap kali kami keluar berjalan di bulan puasa ni. encik suami sangat wise dalam hal menasihatkan saya bab ini. kalau saya beli sebelum puasa, mesti saya akan beli lagi bila dalam bulan puasa. jadinya, pada satu malam minggu lepas, saya beli beberapa helai shirt dan seluar untuk dia. rezeki kamula wahai anak, ibu dan ayah beli baju yang murah-murah je. mak pengasuh umar juga ada belikan sehelai kemeja yang santek. pun rezeki kamu juga. tapi untuk kasut raya, saya memang invest juga, belikan dia first shoes sebab kaki anak saya memang besar tak padan usia. eh bukan kaki je, dia juga tinggi dan besar berbanding usia. sebab tu tadi saya cakap kasut dia berpasang-pasang bersepah-sepah dalam kereta. sebab sekejap je pakai dah tak muat. bila beli di first shoes, ukuran semua diambil dan walla, kasut yang sesuai sekejap je dah dapat. dan duit pun sekejapan mengalir hihi..
7) Baju raya encik suami. setiap tahun sepanjang kami kahwin, encik suami mesti akan beli 2 shirt untuk dipakai raya kedua dan ketiga. tapi tahun ni masih tak beli-beli lagi. rasanya dia tak akan beli, kot. sebab kemeja dan shirt yang lama masih elok lagi. tapi tak taula, kita ada 1 hujung minggu lagi, mungkin weekend ni dia mengajak, mana tau kan.
8) Juga baju raya, saya punya cerita. tahun ini memang cerita duka pasal baju raya saya. boleh tak makcik yang mengambil upah menjahit baju saya tu tersalah potong. akibatnya baju raya saya semuanya ketat di dada. sedih.. menangis saya masa tengokkan baju tu. mungkin ramai yang nak sedapkan hati kata saya makin gemuk, tapi saya memang dah ukur dengan baju contoh- memang kecik sikit. kain-kain baju raya saya adalah sangat santek (semua orang puji baju raya sendiri,kan) tapi yang speselnya, ade 3 helai kain yang agak mahal yang encik suami beli dan 2 helai lagi (saya nak pakai untuk pakaian kerja) yang kainnya encik suami belikan semasa kami melancong tak selesa saya nak pakai. huhu.. masa taip ni pun rasa nak menangis. sangat-sangat dugaan, tak pernah ada orang mess up kan baju raya saya. tapi alhamdulillah, minggu lepas, saya tutup mata beli 2 pasang baju kurung ready-made. huhu membazir beratus-ratus kat sini, apetah lagi mengenangkan kain-kain baju pemberian encik suami. masih terngiang-ngiang kat telinga saya ni ayat makcik tu, "kalau bagi baju contoh, macam tu la makcik jahit. janji ada baju contoh. kalau baju contoh tu tak elok, tak elok la jadinya. kalau baju contoh tu elok, haa elokla jadinya.." sekarang makcik nak jawab ape ye. boleh ke saya mintak balik kain-kain yang makcik dah rosakkan, biar saya hantar kat tailor medan mara lepas raya. boleh ke makcik, ganti semuanya?
9) kuih raya. dari sebelum puasa, saya planned nak operasi kuih raya pada minggu kedua puasa. tapi encik suami kena demam campak pulak. so kensel semua operasi dan saya mulakan operasi saya hujung minggu lepas. alhamdulillah, saya berjaya siapkan 2 jenis kuih; honeyed buble rice with cornflakes, dan signature cookies saya (haha perasan jap) almond london. setiap jenis, saya siapkan 3 balang besar yang muat seratus lebih biji cookies tu. dan setiap 3 balang tu dah ada yang empunya, 1 balang untuk mak saya, 1 balang untuk mak mertua saya, dan 1 balang lagi (yang comot-comot sikit tu) untuk saya.
10) lepas dah beberapa kali beraya dirumah mak mertua, saya dah paham patternnya. malam raya kedua dan seterusnya, mood memasak untuk semua orang perempuan agak kureng sikit. mungkin masing-masing penat kot. pulak tu sejak setahun kebelakangan ni, tender masak breakfast memang tugas saya. dulu-dulu encik suami belikan apa saja yang dijual oleh warung-warung yang buka waktu raya, tapi lamanya nak menunggu dan masakannya entah apa-apa. jadinya puas saya memikirkan nak masak ape la jugak untuk breakfast dan makan malam di rumah mak mertua nanti. takkan saya nak buat bodoh je kan. sedangkan encik suami pun sanggup belikan makanan *walaupun tak sedap* untuk semua orang kat rumah, tapi in the end kena komplen. bila tengok encik suami begitu, saya pun tak sanggup buat dek je kan, kami suami isteri bukanlah jenis yang nak mengenyangkan perut keluarga sendiri-sendiri jek. maka saya dah mula-mula merancang dan mintak pendapat encik suami mengenai menu makan malam masa raya nanti. cadangnya nak buat sate je, tapi kena spend sikitla sebab satenya mestila lebih dari 500 cucuk. gila ke ape buat 60 cucuk jek hahha. dan tak boleh beli ye, kopak pulak nanti, secucuk dah 60 sen. bab-bab nak memerap sate tu no hal, saya boleh buat di rumah dulu, then bakar saja di rumah mak mertua. tapi saya amat takut pada komplen. takut terkecil hati kalau ada mulut nakal yang komplen sedangkan saya dah penat menyiapkan. ah lantakla, at least saya ada usaha nak mengenyangkan semua orang kan? atau pun, saya bercadang nak buat pizza. siapkan doh awal2. beli bahan-bahan mentah tu siap2, then bila kat umah mak, letakkan bahan2 dan bakar. ape lagi ye, saya jamin, saya sendiri pun malas nak masak lauk-lauk atau nasik goreng atau mee. biar lain sikit dan tak perlu makanan ruji. kalau dah makan lepas tu lapar lagi, tu pandai-pandai sendiri yek. encik suami mencadangkan saya sediakan barbeque, tapi saya rasa still kena masak mee atau nasi jugak kan. tengokla budget encik suami nanti macammane. buat barbeque pun senang juga, dekat fingertips je hahhaha..
saya rasa paling senang, sebelum bertolak balik kampung, siapkan sate setakat termampu, perap ayam barbeque, beli frankfurter, beli kuah sate Hj Samuri. sampai kampung masak nasi himpit banyak-banyak pastu bakar sate dan ayam. senang cerita juga. untuk breakfast, buat sosej roll dan sardin roll jek. budak-budak pun suka.
| Next Page |
